You are currently viewing 登嘉楼于MIDE启动SMIPA 2025 —— 国际平台推广海洋摄影、文化与短片创作
  • Post category:News
  • Reading time:3 mins read

吉隆坡,2025年6月13日 —— 登嘉楼州政府通过登嘉楼州旅游局参与2025年马来西亚国际潜水展览会(MIDE),该展览于2025年6月13日至15日假吉隆坡马来西亚国际贸易及展览中心(MITEC)隆重举行。此次参与是该州推动海洋旅游业,特别是岛屿与海滩旅游板块的重要高影响力举措,旨在推广包括热浪岛、停泊岛、登古岛及浪中岛在内的超过128个世界级潜水地点。

作为本次展会的亮点之一,「2025年苏丹米占国际摄影奖(SMIPA)」的启动礼将于2025年6月13日(星期五)下午5时,在MITEC吉隆坡一楼第2及第3展厅、A079至A084号展位的登嘉楼馆举行。启动仪式将由登嘉楼州务大臣拿督斯里工程师阿末三苏里博士主持,并荣幸获得SMIPA皇家赞助人——登嘉楼苏丹米占·再纳·阿比丁陛下莅临见证。

SMIPA 2025为原有「苏丹米占水下摄影奖(SMUPA)」的全新升级版,原先赛事仅面向本地参赛者,现以更具前瞻性与国际化的方向,全面开放至全球市场,并致力将登嘉楼打造为世界级摄影创作基地。全新比赛共设五大高影响类别,分别为:水下广角、水下微距、大自然与野生动物、文化遗产与人物,以及短片创作。

本次比赛为期七个月,预计将于年末举办盛大的SMIPA 2025颁奖典礼,为赛事画下圆满句点。

SMIPA 2025由登嘉楼州旅游局主办,并与联合秘书处——著名摄影师及专业潜水员Eric Goh先生携手合作,同时获得Nikon Malaysia作为官方技术伙伴的支持。赛事也获得多个政府机构、业界伙伴、企业赞助商,以及来自国内外的专业评审团鼎力支持。

启动典礼预计将迎来联邦政府部门代表、旅游业机构、创意产业代表、SMUPA 2024得奖者及主流媒体的出席。现场将呈献特别制作的宣传短片、启动仪式亮点、与贵宾合影、展区参观以及业界交流环节。来自国内外的游客、专业潜水员与摄影爱好者的参与,将为活动增添光彩。

SMIPA 2025不仅是国际摄影及影视创作人才的重要表彰平台,更将登嘉楼推向世界舞台,展现其丰富的海洋美学、文化底蕴与遗产价值。欲了解更多参赛详情与项目分类,欢迎浏览官方网站:www.sultanmizanphotography.com

— Original News —

TERENGGANU LANCAR SMIPA 2025 DI MIDE – PLATFORM ANTARABANGSA
ANGKAT FOTOGRAFI MARIN, BUDAYA DAN FILEM PENDEK

KUALA LUMPUR, 13 Jun 2025 – Kerajaan Negeri Terengganu melalui Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu menyertai Malaysia International Dive Expo (MIDE)
2025 yang berlangsung dari 13 hingga 15 Jun 2025 bertempat di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC), Kuala Lumpur. Penyertaan ini merupakan salah satu inisiatif berimpak tinggi yang dirangka untuk mengukuhkan promosi sektor pelancongan marin negeri, khususnya menerusi kluster Pulau dan Pantai yang menawarkan lebih 128 lokasi selaman skuba bertaraf dunia termasuk di Pulau Redang, Pulau Perhentian, Pulau Tenggol dan Pulau Lang Tengah.

Sebagai kemuncak penyertaan, Majlis Soft Launching Sultan Mizan International Photography Awards (SMIPA) 2025 akan diadakan pada Jumaat, 13 Jun 2025, jam 5.00 petang bertempat di Pavilion Terengganu (Booth A079-A084), Level 1, Hall 2 & 3, MITEC Kuala Lumpur. Majlis ini akan disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, Menteri Besar Terengganu, dan turut mendapat keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Mizan Zainal Abidin, Sultan Terengganu selaku Penaung Diraja SMIPA.
SMIPA 2025 merupakan penjenamaan semula daripada pertandingan terdahulu iaitu Sultan Mizan Underwater Photography Awards (SMUPA) yang sebelum ini hanya memberi tumpuan kepada penyertaan tempatan. Dengan pendekatan baharu yang lebih progresif, SMIPA kini dibuka kepada pasaran antarabangsa dan mengangkat Terengganu sebagai hab fotografi bertaraf dunia. Pertandingan ini diperkenalkan dengan lima kategori utama yang lebih luas dan berimpak tinggi iaitu Underwater Wide Angle, Underwater Macro, Nature & Wildlife, Heritage, Culture & People serta Short Film.

Pertandingan ini akan berlangsung selama tujuh bulan dan dijangka melabuhkan tirainya dengan Majlis Penyampaian Anugerah SMIPA 2025 pada akhir tahun ini.
SMIPA 2025 turut dilaksanakan dengan kerjasama strategik antara Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu dan urusetia bersama, Encik Eric Goh, seorang jurufoto dan penyelam profesional yang disegani serta rakan teknologi rasmi dari Nikon Malaysia. Penganjuran ini turut mendapat sokongan pelbagai agensi kerajaan, rakan industri, penaja korporat serta juri profesional dari dalam dan luar negara.

Majlis pelancaran dijangka turut dihadiri oleh wakil kementerian persekutuan, agensi pelancongan, pemain industri kreatif, pemenang SMUPA 2024 serta media perdana. Antara pengisian yang dirancang termasuk tayangan montaj khas, gimik pelancaran, sesi bergambar bersama tetamu kehormat, lawatan ke booth pameran dan sesi networking bersama delegasi industri. Kehadiran para pelancong, penyelam profesional dan pencinta fotografi dari dalam dan luar negara dijangka menyerikan lagi penganjuran ini.
SMIPA 2025 bukan sahaja menjadi platform pengiktirafan kepada bakat fotografi dan sinematografi bertaraf antarabangsa, malah mengangkat Terengganu sebagai destinasi pelancongan yang kaya dengan nilai estetika maritim, budaya dan warisan. Untuk maklumat lanjut berkenaan penyertaan dan kategori pertandingan, orang ramai boleh melayari laman rasmi di www.sultanmizanphotography.com.

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments